Saya telah menyelaras Kursus Penulisan pada 10-12 Feb yang lalu. Saya telah menjemput Dato' Mokhtah Petah dan En A. Rahim Abdullah untuk menjayakan kursus ini. Kursus ini dijalankan berikutan usaha seksyen saya yang ingin menerbitkan majalah mengenai kejayaan pengusaha ladang yang berjaya mendapat pengiktirafan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) dan Skim Organik Malaysia (SOM).
Pada hari pertama, kami dibimbing oleh Dato' Mokhtah Petah yang banyak pengalaman dalam penulisan biografi tokoh-tokoh tanah air kita. Apa yang membuatkan saya paling gembira ialah keikhlasan Dato' dalam berkongsi pengalaman dan ingin membimbing kami menjadi penulis yang berjaya. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada Dato' yang telah menghadiahkan saya sebuah buku tulisannya iaitu Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu Perdana Menteri kita yang ke 5.
En. A.Rahim Abdullah pula telah membimbing kami selama dua hari yang berikutnya. Banyak ilmu dan panduan yang diberikan dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti dan membantu kami mengurangkan kesalahan yang sering dibuat dalam penulisan. Kami dapat membezakan pelbagai gaya penulisan sama ada penulisan ilmiah, berita, cerpen, penyelidikan, dan laporan.
Sepanjang 3 hari kursus kami telah berkongsi pelbagai pengalaman mereka dan berkongsi idea dalam aspek penulisan. Diharap dengan perkongsian ilmu selama tiga hari ini, semua rakan-rakan seperjuangan yang mengikuti kursus ini dapat memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari dan seterusnya dapat menghasilkan penulisan yang baik dan jitu.

No comments:
Post a Comment